Sekolah pertama didirikan dalam tahun 1916. Sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Bukit Lintang. Didirikan dengan menumpang di tanah kepunyaan Datuk Penghulu Long bin Rahmat. Luasnya bangunan sekolah ialah kira-kira 60 x 40 kaki persegi. Beratapkan daun nipah dan berlantaikan tanah. Dindingnya separuh papan dengan bahagian atas terbuka dan bertiang kayu bulat. Luas kawasan sekolah lebih kurang 1 ekar.
Guru Besar pertama ialah Encik Abdul Manan bin Pita dan Penolongnya Encik Abdul Rahman. Murid-murid pada masa itu hanya terdiri dari 40 orang murid lelaki sahaja, sehingga pada tahun 1918 baru seorang murid perempuan bernama Cik bt. Abd Manan.
Pada 07 Julai 1926 Sekolah Melayu Bukit Lintang berpindah kebangunan yang dibina di sebidang tanah Lot No. 748 Mukim Bukit Lintang. Sekolah Melayu Bukit Lintang ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang. Luas bangunan sekolah ini ialah 1800 kaki persegi. Bangunan dua tingkat mengandungi tiga buah bilik darjah di tingkat atas tetapi dibawahnya tidak berdinding, bersama sekolah ini didirikan sebuah rumah guru.
Sekolah ini didirikan pada 21 Ogos 1960. Pembukaan rasminya oleh Ketua Menteri Melaka pada 20 November 1960 iaitu Yang Amat Berhormat Encik Ab. Ghafar bin Baba. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Md Yasin bin Mahmud, bagaimana pun rancangan Sekolah Pusat B ini telah dibatalkan pada tahun 1962.
Atap bangunan ini asalnya diperbuat daripada genting simen dan ditukar kepada ardex pada bulan Oktober 1971. Guru Besar yang bertugas pada masa itu ialah Encik Abdul Samad bin Tahir, Guru Penolong Kanan seramai dua orang dan murid-murid seramai 100 orang. Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang kemudiannya ditambah dengan bangunan baru 2 tingkat pada tahun 1976.
Dalam tahun 1980, Jabatan Pelajaran Melaka telah mencadangkan satu projek dinamakan Sekolah Pusat B, dengan ini terdiri sebuah bangunan tambahan dengan luasnya 2400 kaki persegi dan mengandungi 4 buah bilik darjah.
Pada tahun 1998 murid-murid sekolah ini menumpang di sekolah Menengah Air Molek dan bersekolah pada sesi petang kerana pembinaan bagunan baru sedang dijalankan.
Alahamdulillah pada awal tahun 1999, bangunan baru 4 tingkat telah boleh digunakan. Di mana segala kelengkapan fizikal sekolah telah diperuntukkan.
|